Penerbitan Tiga Janda Melawan Dunia

Tiga Janda Melawan Dunia diterbitkan dengan hasil kerjasama lima syarikat iaitu Multimedia Entertainment, Directors Think Tank, Golden Screen Cinemas, Astro dan Six Fun Media. Filem ini merupakan filem sulung arahan Hyrul Anuar yang ditayangkan di panggung wayang, sebelum ini beliau telah mengarahkan puluhan iklan yang telah menerima reaksi yang positif tiap kali iklan arahannya dikeluarkan di medium YouTube, beliau juga merupakan pengarah iklan yang pernah memenangi anugerah antarabangsa di Adfest Asia Pacific Advertising Festival. Oleh hal yang demikian, disebabkan menerima permintaan yang tinggi oleh masyarakat, beliau akhirnya mengambil peluang untuk mengarahkan filem ini yang menjadikan ini adalah filem pertama arahan beliau. Menurut Hyrul, idea asal filem ini dihasilkan oleh beliau dengan mengambil inspirasi daripada keluarganya di kampung.[2]